Friday, July 3, 2009

Reposting

Setelah 2 tahun bertungkus lumus, akhirnya aku berjaya menamatkan ijazah Sarjana Kepengetuaan di Universiti Malaya. Kini aku ditempatkan di SMK Setia Wangsa, 27200 Kuala Lipis, Pahang. Aku harap dapat menggunakan segala ilmu yang dipelajari untuk membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar disini.

Sunday, June 7, 2009

Harapan Pengetua

Hari ni aku berpeluang berjumpa pengetua. Hari Jumaat lepas pengetua tiada masa aku lapor diri. Alhamdulillah pengetua menerima baik kedatangan aku. Nampaknya dia mengiktiraf kelebihan aku sebagai graduan NPQH. Tinggi harapan beliau pada aku untuk membantu sekolah. Jadual waktu yang aku dapat memang pening kepala. Aku kena mengajar 4 subjek- BM, Sejarah, Sivik dan Matematik tingkatan 1 dan 2. Harap2 aku boleh ajar matematik dengan baik.

Thursday, April 2, 2009

Clifford dalam ingatan


Orang Lepih

Orang Lepih memang hebat..mana tak nye..PM ke 6 ni dilahirkan di Lepih....Siti Nurhaliza pun orang ..Lepih...Lepih memang hebat.
Tahniah Datuk Seri Najib atas pelantikan sebagai PM ke 6!
Moh la ke Lepih, banyak lagi kelebihannya.