Sunday, June 7, 2009

Harapan Pengetua

Hari ni aku berpeluang berjumpa pengetua. Hari Jumaat lepas pengetua tiada masa aku lapor diri. Alhamdulillah pengetua menerima baik kedatangan aku. Nampaknya dia mengiktiraf kelebihan aku sebagai graduan NPQH. Tinggi harapan beliau pada aku untuk membantu sekolah. Jadual waktu yang aku dapat memang pening kepala. Aku kena mengajar 4 subjek- BM, Sejarah, Sivik dan Matematik tingkatan 1 dan 2. Harap2 aku boleh ajar matematik dengan baik.